Ahad, 30 Oktober 2011

JAGALAH MATA ANDA




Mata merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Kekuatan yang ada pada mata semulajadi tidak dapat ditandingi oleh mana - mana lensa ciptaan manusia. Dengan itu seharusnya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan harus dipelihara dan dijaga dengan sebaik - baiknya.
TIPS PENJAGAAN MATA
1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.


2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.


3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.


4. Elakkan mata memakai kanta lekap lebih dari 12 jam kerana ia meletihkan mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...