Ahad, 30 Oktober 2011

Kemiskinan Bandar








Semua pihak hendaklah memandang isu kemiskinan sebagai suatu isu yang boleh dilihat dari perbagai aspek dan perspektif sama ada dari sudut perumahan setinggan dan penswastaannya, kemiskinan bandar dan sebagainya. Ini penting bagi mempelbagaikan bentuk-bentuk kajian berhubung dengan masalah kemiskinan seterusnya memudahkan kita menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan  kajian hanya bersifat sempit dan tidak meluas dengan mengkaji dari sudut pendapatan isi rumah dan perumahan sahaja dengan mengenepikan isu-isu sosial lain yang berkaitan seperti peminggiran sosial. Kajian yang bersifat sempit ini akan menyulitkan lagi peluang untuk menyelesaikan masalah ini.

       

        Justeru, kajian yang meluas dan pelbagai semestinya diperbanyakkan demi untuk melihat negara berada dalam keadaan stabil dan harmoni dengan agihan pendapatan yang adil. Perlu dingat bahawa keharmonian negara tidak akan wujud jika hanya pembangunan fizikal, kebendaan dan material sahaja yang dijalankan dengan mengabaikan aspek keagamaan, sosial dan moral. Pembangunan yang berta sebelah ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial yang kronik seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Setiap sering kali kedengaran di media-media massa yang menghebahkan berita sumbang mahram, pesta seks, dan banyak lagi yang wujud antara puncanya ialah kemiskinan yang wujud akibat pembangunan yang tidak seimbang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...