Pada tahun awal kemerdekaan Malaysia, ekonomi negara begitu pesat membangun sehingga wujud jurang perbezaan yang ketara antara kaum di Malaysia. Keadaan sosio-ekonomi kaum masing-masing ditetapkan terhad di kawasan tertentu sahaja dengan aktiviti ekonomi tertentu iaitu kaum Cina di bandar, Melayu di kampung-kampung, dan India di estet-estet. Ini mengakibatkan jurang perbezaan yang ketara antara kaum sehinggalah tercetusnya peristiwa berdarah pada Mei 1969.
Ini merupakan salah satu kesan peminggiran sosial yang berlaku terhadap golongan miskin yang kebanyakannya dari golongan Bumiputera. Tidak dinafikan bahawa Tragedi Berdarah Mei 1969 ini merupakan rentetan daripada sentimen yang wujud sebelum merdeka lagi, tetapi masyarakat bumiputera dirasakan dipinggirkan dalam sektor sosio-ekonomi. Mereka tidak diberi peluang untuk merebut peluang-peluang ekonomi yang ada dan peminggiran sosial terus wujud.
Peminggiran sosial dikalangan keluarga Melayu termiskin ini berlaku apabila sebllangan daripada para penghijrah luar bandar yang miskin mula menetap di kawasan perbandaran. Mereka ini terus terpinggir tanpa menerima sebarang bentuk maklumat dan bentuk bantuan yang bakal diterima. Mereka bukan sahaja terpinggir dari sebarang bentuk bantuan dari mana-mana pihak bahkan turut terpinggir dalam sistem sosial dan ekonomi bandar terutamanya dalam dunia perkerjaan.
Peminggiran sosial bukan sahaja meliputi tentang aspek perumahan, pekerjaan atau kesihatan bahkan ianya lebih luas dalam konteks masyarakat mencakupi aspek mobiliti, dalam masyarakat komunikasi, pekhidmatan kewangan, penyertaan dalam organisai politik dan sebagainya. Dalam hal ini peminggiran merujuk kepada situasi atau ketidakmampuan seseorang untuk turut serta menikmati beberapa aspek kehidupan moden yang diakui oleh masyarakat sebagai kehidupan yang mencukupi. Ketidakmampuan tersebut menyebabkan mereka terpinggir atau terketepi daripada memperolehi keperluan asas dan kemudahan sosial yang lain pada kadar yang paling minimum. Oleh itu kekurangan dan peminggiran mempunyai kaitan yang rapat dengan kemiskinan.
Seorang pakar sosiologi yang bernama William dalam artikelnya yang bertajuk, Exclusion: The Hidden Face Of Poverty, menyatakan golongan yang dinafikan hak sosial oleh kerajaan akan mewujudkan satu pembagian kelompok yang berasingan dari keseluruhan penduduk. Seterusnya golongan ini akan terus terpinggir daripada masyarakat daripada terus mendapat peluang-peluang ekonomi yang wujud di kawasan tersebut. Ini berlaku dikawasan setinggan.
Peminggiran sosial bukan sahaja wujud dalam aspek ekonomi bahkan juga wujud dalam aspek leisure dan komunikasi. Menurut Tomlinson (1986) beberapa bentuk sukan masa kini amat mahal dan tidak sesuai terhadap golongan miskin. Contoh sukan yang agak mahal dan tidak mampu dinikmati oleh golongan miskin ialah golf, tenis dan sebagainya. Golf contohnya memerlukan perbelanjaan yang mahal, umpamanya kos untuk membeli set untuk untuk bermain golf sahaja sudah menelan belanja beribu ringgit yang sama sekali menafikan hak golongan miskin untuk menikmatinya.
Dari sudut politik pula, menurut Ward (1686) yang menulis artikel Excluding the Poor, mengambil bahagian dalam secara aktif dalam organisasi politik tidak dianggap satu gaya hidup yang penting pada abad ke-20, sebaliknya ia merupakan satu unsur bagi menjayakan sistem demokrasi. Oleh itu, sesiapa yang terpinggir daripada menyertai organisasi politik secara aktif sama ada disebabkan oleh kekurangan wang, masa pengetahuan atau pengalaman akan mendapati kekurangan peluang penyertaan dalam proses yang demokratik seterusnya akan mengalami juga kekurangan yang lain seperti sukar mendapatkan pekerjaan, gaji yang rendah dan sebagainya. Ini menunjukkan peminggiran daripada menyertai kegiatan dalam dalam organisasi politik menyebabkan pula kekurangan dalam berbagai aspek kehidupan dan peluang sosio-ekonomi yang lebih baik.
Jelaslah kepada kita bahawa konsep kekurangan, kemiskinan dan peminggiran sosial amat berkait rapat. Ini kerana dalam kemiskinan bukan sahaja kekurangan wujud dari aspek kekurang pendapatan, peluang-peluang dalam ekonomi, dan sebagainya bahkan turut mengalami peminggiran dari aspek sosial. Pemahaman yang mendalam tentang peminggiran sosial amatlah penting kerana dengannya kita dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang kemiskinan yang diperbincangkan terutamanya berhubung dengan kemiskinan bandar.
tgk entry mcm ni buat den saya sedih.. ermm...
BalasPadamteringat saat pergi ke MADURA, INDONESIA... lbh kurang mcm ni, malahn lbh kesian..
hmmmm..
kita perlu bersyukur dgn apa yg ada...
good entry.
singgah usha entry n iklan.
moga dpt tmbh $$ blog.