Jumaat, 28 Oktober 2011

Khidmat kaunselor dilanjut


Utusan Borneo

by Agnes Tugong. Posted on October 28, 2011, Friday





KUCHING: Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh perkhidmatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sehingga 31 Disember 2012.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh berkata tempoh perkhidmatan bagi ahli majlis (kaunselor) sepatutnya berakhir pada Disember tahun ini.
Namun kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kaunselor kepada setahun sebagai persediaan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk meneliti dan memilih calon baru.
“Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kaunselor di negeri ini kepada setahun iaitu sehingga 31 Disember 2012.
“Lanjutan ini akan memberikan masa kepada parti komponen BN mengkaji semula semua aspek dan memilih individu yang berkaliber, berpendidikan dan bersedia untuk berkhidmat dalam PBT,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Kabinet Negeri di Bangunan Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.
Tambah Wong, keputusan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan ini tidak bermaksud kerajaan tidak berpuas hati dengan mutu kerja ahli-ahli majlis.
Sebaliknya menurut beliau, ia adalah untuk memberi ruang kepada kerajaan mengenal pasti individu yang lebih berkaliber bagi menggantikan ahli majlis yang bakal menamatkan perkhidmatan.
Dalam perkembangan lain, Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua menyangkal Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang melaporkan kewangan kerajaan negeri tidak memuaskan.
Wong dalam pada itu menegaskan bahawa kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun 2010 berada pada tahap yang baik secara keseluruhan termasuk di peringkat kemen-terian dan jabatan-jabatan.
Dalam pada itu, Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip turut menyangkal Laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan Tebingan Bintulu tidak diselenggara dengan baik.
Menurut Talib, kerja-kerja penyelenggaraan Tebingan Bintulu dijalankan secara konsisten dan seringkali digunakan sebagai lokasi bagi peng-anjuran acara festival.
Antara isi kandungan laporan tersebut ialah Tebingan Bintulu dengan panjang 2.4 kilometer kurang promosi dan dijadikan sebagai lokasi pemunggahan nelayan.
Talib sebaliknya menyangkal laporan itu dan menegaskan Tebingan Bintulu adalah lokasi tumpuan seperti tebingan-tebingan lain yang terdapat di negeri ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...