Jumaat, 28 Oktober 2011

Sains bangunkan sukan



Utusan Borneo


by Wan Ali Amit. Posted on October 27, 2011, Thursday




KUCHING: Pegawai-pegawai sukan perlu memahami kehendak saintifik dalam pelbagai bidang sukan agar mereka dapat mempertingkat pembangunan sukan-sukan terbabit.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Francis Nyurang Ding berkata, bidang saintifik sukan amat penting bagi para pegawai sukan terutamanya jurulatih-jurulatih bebanan.
Beliau berkata, bagi meningkatkan daya saing tinggi dalam saintifik sukan adalah perlu bagi para pegawai terbabit mempertingkat perkhidmatan gim.
“Untuk mencapai ke arah kejayaan yang cemerlang dalam sukan, adalah diharapkan semua pegawai terutama jurulatih bebanan mempertingkatkan kehendak saintifik,” katanya.
Berucap pada majlis penutupan Bengkel Prestasi Gim Bertahap Tinggi di Pusat Satelit ISN Sarawak dan Gim MSNS di sini semalam, Francis berkata, pelbagai bidang sukan amat memerlukan saintifik tinggi.
Menurutnya, dengan memiliki tahap saintifik tinggi dalam sukan sudah semestinya para atlet kita mampu menghadapi cabaran dalam mana-mana kejohanan sukan.
“Saya percaya peserta bengkel terbabit akan mampu mempertingkat pengetahuan dan kehendak saintifik dalam sukan bagi menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.
Bengkel tiga hari itu melibatkan penyertaan para pegawai sukan MSNS, wakil jabatan termasuk pegawai-pegawai ISN dan jurulatih-jurulatih bebanan dari seluruh negeri.
Pelbagai kertas kerja dibentangkan termasuk latihan aerobik, ujian kecegasan dan persembahan video perkhidmatan gim.
Francis menarik perhatian bengkel terbabit merupakan sebahagian daripada persiapan para pegawai sukan Sarawak bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma XV) di Pahang tahun depan.
Menurut Francis, penganjuran bengkel itu turut memperlihat usaha gigih pihak MSNS melahirkan pegawai-pegawai sukan dan jurulatih bebanan dalam situasi sentiasa bersedia.
“Saya yakin bengkel terbabit mampu memberi pengalaman dan pengetahuan baharu dalam bidang sains sukan di kalangan para peserta,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...