Jumaat, 28 Oktober 2011

'Sering dipolitikkan punca perkhidmatan awam pincang'


malaysiakini.com

Badan pemantau anti-rasuah, Transparency International Malaysia hari ini berkata, perkhidmatan awam di negara ini yang ‘sering-kali dipolitikkan’ adalah punca berulang-kali kes-kes kepincangan pengurusan yang ditonjolkan dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya, Paul Low berkata dalam suasana pentadbiran awam yang sering-kali dipolitikkan itu, pendapat penjawat awam lazimnya diabaikan dan digantikan dengan  kepentingan politik yang tidak wajar.

Kata beliau, dalam situasi di Malaysia, rasuah dilakukan dalam bentuk menetapkan harga sesuatu barangan pada tahap yang sebegitu tinggi seperti yang dinyatakan laporan audit itu. Ini berlaku kerana sistem pemantauan dan pemeriksaan yang tidak cekap.

"Mereka yang melakukan tindakan berkenaan yakin bahawa mereka mempunyai kekebalan daripada siasatan dan pendakwaan.

“Ditambah lagi dengan kekurangan reformasi pentadbiran untuk memperkukuhkan akauntabiliti dan kejelasan undang-undang dan peraturan-peraturan, mereka dengan mudah mampu mengekstrak wang negara tanpa rasa takut daripada dihukum," katanya.

Menurut Low lagi, kewujudan undang-undang yang menyumbang kepada kelegapan membuat keputusan, seperti Akta Rahsia Rasmi juga melemahkan akauntabiliti awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...