Jumaat, 28 Oktober 2011

Songlap-menyonglap



MD RASUL BIN HARON
Wadah Pajak Song iCikguRasul





















Para pembaca yang dirahmati Allah SWT. Terkilan dan terkejut dengan laporan akhbar hari ini, seorang lelaki yang dipercayai imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat Johor Bahru gagal menyerahkan wang kutipan zakat fitrah sebanyak RM 18,000. Hanya kerana duit yang sebanyak itu, lelaki tersebut sanggup menjatuhkan kepercayaan umat Islam kepadanya. 

Dalam usaha untuk membanteras kemiskinan, Islam menganjurkan penganutnya supaya bekerja kuat untuk memperoleh rezeki atau pendapatan yang halal bagi membolehkan kita menunaikan kewajipan menyara keluarga dan tanggungan. Jangan songlap-menyonglap untuk menyuap makan dan memberi minum kepada  mulut tanggungan kita. Hasil pendapatan daripada kerja yang dilakukan itu membolehkan kita melaksanakan kewajipan berzakat di samping memberikan sedekah dan mewakafkan harta sebagai satu cara untuk membersihkan rohani dan harta yang kita miliki.  Usaha membasmi kemiskinan bertujuan memakmurkan rakyat yang dikategorikan sebagai miskin, sekali gus meningkatkan taraf hidu mereka melalui kemakmuran yang dinikmati. Mereka akan menjadi penyumbang kepada hasil pendapatan negara dan seterusnya membolehkan mereka menyempurnakan kewajipan berzakat untuk mendapat pahala daripada Allah SWT.

Kalau dah songlap-menyonglap membudayakan dalam kalangan mereka yang diberi amanah untuk menjadi amil, bagaimana kita dapat membangunkan asnaf fakir miskin. Anak-anak fakir miskin perlu diberi bantuan pendidikan, latihan dan bimbingan dan apa-apa kemudahan yang diperlukan bagi mengeluarkan mereka ini daripada belenggu kefakiran dan kemiskinan agar mereka tidak mewarisi kehidupan keluarganya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...