Sumber:
Utusan Borneo
KUCHING: Aktiviti seksual antara dua rakan Facebook bawah umur berakhir apabila ibu bapa gadis berkenaan membuat laporan polis atas dakwaan rogol.
Perbuatan tersebut diketahui Isnin lepas ketika gadis berumur 15 tahun terbabit berasmara dengan pasangannya yang berusia 16 tahun yang baru dikenali menerusi laman sesawang sosial.
Berdasarkan kepada laporan yang dibuat, polis telah menahan budak lelaki di kediamannya di Batu 6, Jalan Penrissen sekitar jam 10 malam dan ditahan di lokap.
Menurut sumber, pasangan kekasih remaja terbabit mengenali antara satu sama lain selepas berkenalan menerusi Facebook dan beberapa minggu kemudian mengadakan hubungan seks di kediaman lelaki berkenaan.
Ibu bapa remaja perempuan tersebut mulai menyesyaki ketiadaan anaknya di rumah mereka di Petra Jaya dan mendapati dia melakukan hubungan asmara selepas ditanya. Kes masih dalam siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan