Khamis, 17 November 2011

Sistem guru bekerja sembilan jam perlu dikaji semula: MAPIM


Sumber:
Utusan Borneo
17.11.2011




MIRI: Sistem waktu bek­erja sembilan jam meli­batkan kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara perlu dikaji semula agar ia tidak memudaratkan guru-guru yang terlibat.
Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Wan Zain Syed Modzar berkata, tambahan waktu bekerja tersebut tidak praktikal malahan menambah beban guru yang sedia ada.
“Ramai pihak tidak ber­setuju dengan sistem baru itu kerana ia bukan sahaja menambah beban guru kerana ramai antara mereka terlibat dalam aktiviti lain seperti kokurikulum di sekolah masing-masing,” katanya kepada Utusan Borneo pada Isnin.
Wan Zain menjelaskan, prestasi guru-guru juga akan terjejas kerana tertekan dengan bebanan kerja yang semakin banyak selain pihak sekolah yang terlalu menge­jar status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT),” jelasnya.
Menurutnya, seseorang guru bukan sahaja terlibat dalam tugas harian seperti mengajar sebaliknya mereka juga terlibat dalam aktiviti lain seperti kokurikulum iaitu menjadi guru penasi­hat atau pengiring kepada atlet-atlet sekolah.
“Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menilai semula sistem baru itu kerana kita bimbang ia akan menjejaskan bukan sahaja prestasi guru tetapi juga prestasi pelajar dan sekolah,” katanya.
Dalam masa sama katan­ya, sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pen­didikan sekolah berikutan tugas guru-guru bukan sahaja di sekolah tetapi di luar sekolah.
“Guru-guru juga terlibat dalam kerja-kerja komuniti seperti membaiki kemuda­han sekolah dan gotong-royong. Ini bermaksud guru-guru bertugas di luar bidang mereka demi untuk memenuhi tuntutan pen­didikan,” katanya.
Sementara itu, tempoh percubaan waktu berk­erja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Meskipun bermula Janu­ari tahun depan, sistem baru itu mendapat tentangan daripada semua pihak bukan sahaja di kalangan guru-guru tetapi juga ibu bapa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...