Khamis, 17 November 2011

Beri peluang anak pelajari komputer, kata Jamit


Sumber:
Utusan Borneo
17.11.2011



TAHNIAH: Jamit menyampaikan hadiah kepada Cornelia Colin yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains. Turut kelihatan ialah Ajan (kiri) dan Edmeade (dua kanan).



SRI AMAN: Semua ibu bapa khususnya di Sri Aman patut memberi peluang kepada anak-anak mereka yang bakal memasuki Tingkatan Satu mempelajari asas komputer sepanjang musim cuti sekolah ini.
aran Daerah Lubok Antu Jamit Ajok berikutan kebanyakan kertas kerja untuk pelajar sekolah menengah perlu menggunakan kemudahan komputer.


“Sehubungan itu, saya menasihati ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka mempelajari asas penggunaan komputer supaya mereka mahir dan tidak janggal ketika diarahkan oleh guru menggunakan komputer,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Luke di dewan sekolah itu di sini, semalam.
Selain itu, Jamit turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak sepanjang musim cuti sekolah ini.
“Jangan biarkan anak-anak bebas merayau-rayau sehingga lupa mengulang kaji pelajaran,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SK St Luke Ajan Embang dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Edmeade Rujis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...