Khamis, 17 November 2011

Rumah, sekolah di Nanga Strass rosak teruk dilanda ribut



Sumber:
Utusan Borneo
Gambar Hiasan


BINTANGOR: Dua rumah penduduk Kampung Nanga Strass dan sebuah bangunan sekolah yang menempatkan bilik aktiviti Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Strass, Bintangor telah rosak teruk dalam satu kejadian ribut kencang yang berlaku baru-baru ini.
Kejadian ribut kuat pada sekitar jam 8.
45 malam itu turut menyebabkan beberapa jenis kerosakan lain seperti kerosakan tanaman dan harta benda manakala tiang elektrik di sekolah terbabit patah.
Menurut seorang petugas sokongan SK Nanga Strass Bintangor, Sabran Yahya, kejadian ribut kuat itu turut disusuli dengan hujan lebat.
“Dalam kejadian itu, keduadua bumbung rumah penduduk kampung tersebut diterbangkan angin dan ia mengakibatkan beberapa harta benda penduduk terbabit turut musnah.
“Rumah tersebut adalah milik Tuai Rumah Sina Kalai yang juga merupakan exco Wanita Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan adiknya.
“Bencana tersebut turut mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar terpaksa bergelap dalam beberapa jam kerana bekalan elektrik terputus disebabkan satu tiang elektrik di kawasan sekolah yang patah,” kata Sabran kepada pemberita, semalam.
Tambahnya, namun begitu penduduk turut bersyukur kerana semasa kejadian itu berlaku tiada sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku menimpa penduduk.
“Kejadian itu turut mengakibatkan rumah mangsa seperti kolam kerana dibanjiri air hujan dan kejadian itu turut merosakkan beberapa perabot dan perkakas elektrik milik mangsa,” katanya.
Menurutnya, kesemua keluarga yang terlibat dengan kejadian itu telah menetap sementara waktu di rumah saudara- mara mereka sementara menunggu rumah kediaman mereka dibaiki.
Namun begitu jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa akibat kejadian itu masih belum dapat ditaksirkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...