









Sekian, wassalam.
Md Rasul bin Haron (LPS)



Turut membentangkan kertas kerja pada sesi itu ialah bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Michael Chen dan isteri negarawan, mendiang Tun V.T Sambanthan iaitu Toh Puan Umasundari Sambanthan. Tan Sri Michael memuji usaha kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan perpecahan bangsa Malaysia lalu berikhtiar mewujudkan konsep yang mampu menyatukan rakyat. Dalam pada itu, Toh Puan Umasundari ketika mengimbau kembali sejarah Tanah Melayu semasa zaman penjajah dan bagaimana mendiang suaminya bersama-sama pemimpin dari kaum Melayu dan Cina berusaha mencapai kemerdekaan, menekankan bahawa rakyat negara ini sangat bernasib baik berbanding pada zamannya.
Putrajaya- 31 Julai 2009- Unit Latihan dan Pembangunan Staf dan Unit Khidmat Pengurusan menerima tetamu daripada guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu, Langkawi. Seramai 32 orang peserta yang diketuai oleh Guru Besar Encik Abd Razak bin Hj Jusoh selamat tiba di perkarangan Blok E13, Bahagian Pendidikan Guru. Mereka disambut oleh Encik Zainun bin Johari, Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan dan Pembangunan Staf, BPG. Penulis bersama kakitangan turut menyambut kedatangan peserta rombongan dari Langkawi.
i INTAN Bukit Kiara, Puan Suzana diundang untuk menyampaikan ceramah. Sebelum ceramah bermula, Dr.Kartini binti Baharun, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru menyampaikan ucapan perasmian dan mengalu-alukan kunjungan lawatan dari Langkawi. Beliau amat berbesar hati dengan kedatangan mereka ke BPG. Beliau turut memuji usaha yang telah diambil oleh Unit LPS kerana berjaya menganjurkan kursus yang dirangka secara khusus untuk peserta rombongan. Selepas itu, Encik Zainun bin Johari memberi taklimat mengenai Bahagian Pendidikan Guru kepada peserta-peserta. 


FRIM, Kepong-11 Julai 2009. Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Gombak telah menganjurkan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan di Auditorium FRIM Kepong bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Penulis dan sahabat penulis Azam dan Pak Yem, sudah awal-awal lagi bertemu di restoran mamak depan Selayang Mall. Bukan apa, dapat juga pekena teh tarik saiz xxxl dan roti canai baik punya. Sembang punya sembang, jam menunjukkan pukul 8.10 pagi. Melompat kami bertiga, bukan apa takut lambat daftar pula. Kami terus bergegas ke Auditorium FRIM dengan semangat yang tinggi untuk mengikuti kursus motivasi yang dirangka khusus untuk guru-guru SMK Seri Gombak. Bukan kerana guru-guru SMK Seri Gombak tidak ada motivasi cuma untuk memanaskan kembali jiwa yang kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas.

nagement bertindak menjadi penceramah jemputan. Aktiviti pertama begitu menceriakan suasana pagi di dalam auditorium. "Panjang", semua keluarga Semerbak mula mendepakan tangan. "Pendek", semua keluarga Semerbak mula memendek jarak tangan. "Tinggi", semua keluarga Semerbak mula mengangkat tangan tinggi-tinggi. "Rendah", keluarga Semerbak mula menurunkan tangan. Pergerakan yang sekata menjadikannya begitu harmoni. Ini bermakna, kita sebagai keluarga Semerbak boleh bersama dan bersatu hati dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak kita yang masih dahaga dan lapar dengan ilmu pengetahuan.
Kami kemudian dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu Kumpulan Camar Riang, Segar Lima, Be First, Gemilang, Fabulous Four, Cerioo, Kami Kaya dan Vision. Setiap kumpulan diamanahkan untuk melantik Ketua Kumpulan, Setiausaha dan AJK. Kumpulan-kumpulan yang dibentuk terdiri daripada ahli-ahli tidak mengira darjat, genetik, saiz kereta, tabungan di bank, jumlah hutang, bilangan anak dan isteri mahupun keturunan. Guru-guru Semerbak menolak konsep "Antara Dua Darjat", mereka bekerjasama dan berbincang untuk memilih logo, motto dan trademark kumpulan masing-masing. Logo-logo yang dipamerkan begitu unik dan jarang dilihat di mana-mana kursus motivasi yang pernah di buat di serata dunia. Trademark kumpulan bagai peserta-peserta Akademi Fantasia. Kalaulah peserta-peserta Akademi Fantasia ada di dalam auditorium, mereka tanpa segan silu boleh menciplak trademark yang dicipta khusus oleh keluarga Semerbak 

Pukul 10.15 keluarga Semerbak menikmati sarapan pagi dengan dihidangkan bihun goreng Greenwood. Begitu juga dengan aroma teh tarik dan teh o yang mencengkam jiwa. Makan tengahari di lobi auditorium begitu mengujakan dengan hidangan yang mampu membuka selera sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Sodappppp. 
Selepas aktiviti tarik dan hembus nafas, kami beramai-ramai bergerak ke rumah Yuzi. Sambutan yang diterima daripada keluarga Yuzi membuatkan kami tidak sabar untuk menikmati nasi dagang Trengganu. Sambil menikmati nasi dagang, anggota konvoi dapat menggomol anak pertama Yuzi yang diletak namanya 'Alif Irfan' berumur 48 hari. Kecomelannya mengalahkan ayahnya. Ini membuatkan ayahnya tidak senang duduk dengan sikap tetamu yang tidak memperdulikan ayahnya, sebaliknya memberi perhatian kepada Yuzi Junior. Untuk menghilangkan rasa geram, Yuzi akhirnya mengambil peluang keemasan mempromosikan perniagaan 'ceramicnya'. Anggota konvoi mendengar dengan penuh gembira dan ada yang bersahaja dan mendengar selamba.
Apapun, konvoi pada kali ini berjaya. Cuma ketidakhadiran tetamu VVIP, YM Tengku Syahrul amat mengejutkan semua ahli kerana Tengku tidak pernah menolak sekiranya diajak makan nasi dagang dan teh ais kegemarannya. Tolong jawab surat tunjuk sebab kepada Tn.Hj.Ibrahim bin Abdullah pada 29.6.2009. Pada kesempatan ini juga pihak kelab mengucapakan Selamat Hari Jadi buat Ira, puteri kepada Azam yang turut menyambut hari lahirnya pada hari ini.
Greenwood-18 Mei 2009- Mengenang jasa. Bagi menghargai bakti pendidik yang tidak jemu mengajar, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan(BKGK)SMK Seri Gombak dan Lembaga Pengawas Sekolah telah menganjurkan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pengerusi BKGK Semerbak, Pn.Sapiah bt Mohd Baki berkata, tujuan sambutan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik anak-anak SMK Seri Gombak dan menjadikan ia sebagai satu platform untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dengan pelajar serta dengan ibu bapa. Kehadiran YDP PIBG SMK Seri Gombak, Dr.Ir Mohamad Helmi bin Zulkawi bersama-sama AJK PIBG lain ke majlis sambutan hari guru mewarnakan lagi suasana pada hari ini. Seawal jam 7.00 pagi pengawas-pengawas sekolah di bawah penasihat, Pn.Adura bt Mohamed sudah sibuk memastikan segala persiapan termasuk tempat sambutan dan peralatan berada pada tahap 'A'. Kehadiran pelajar-pelajar serta guru-guru sesi petang pada sesi pagi adalah semata-mata untuk menunjukkan bahawa begitu erat dan akrabnya hubungan warga SEMERBAK. Kemeriahan sambutan dapat dirasai pada 8.00 pagi apabila majlis bermula secara rasmi.
Ketua Pelajar, Saudara Farid juga tidak melepaskan peluang untuk berucap. pada hari yang begitu istimewa. Farid mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di SMK Seri Gombak. Kemudian Pn.Rahimah bt Omar, Pengetua SMK Seri Gombak berucap dan turut menyatakan penghargaan beliau terhadap jasa dan pengorbanan guru-guru yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam mendidik pelajar-pelajar. Di samping itu, beliau mengingatkan semua guru untuk terus menghayati tema hari guru tahun 2009, Guru Pembina Negara Bangsa. Pengetua kemudian menyampaikan sijil-sijil penghargaan cemerlang kepada guru-guru mata pelajaran yang meningkatkan prestasi pencapaian akademik PMR dan SPM. Guru-guru yang tidak pernah mengambil MC juga diberi penghargaan. Penulis pun masuk di dalam senarai. Acara perhimpunan khas hari guru diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh penulis sendiri. Sebelum acara persembahan hari guru, kami guru-guru
menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia' dan Lagu Tema Hari Guru 2009,'Guru Pembina Negara Bangsa'.


Assalamualaikum W.B.T kepada semua followers dan pembaca ruangan Wadah Pajak Song. Setiap kali tiba hari guru, 16 Mei, aku adalah insan yang paling gembira dan ceria. Manakan tidak, hari guru adalah hari yang amat bermakna buat diri aku yang bergelar sebagai seorang pendidik sejak tahun 1993.
Pendaftaran dan taklimat berlangsung di Pantai Indah Seaview Resort. Penulis bersama Kamrul pula menghadiri mesyuarat pengurus pasukan. Kelihatan di dalam gambar, Azam, Aina dan Kak Nora begitu tekun mendengar penerangan Pegawai Pendaftaran yang begitu semangat menyambut pegawai-pegawai dari Gombak. Bukan apa, selepas Gombak membuat pendaftaran, boleh lah pegawai-pegawai yang rambut dibelah tepi ini rehat. Pasukan P15 dan P18 pada ketika dan saat ini sedang menikmati udara segar di Apartmen Majlis Daerah Kuala Selangor.Kedatangan Dr.Ir Mohd Helmi Yang DiPertua PIBG SMK Sri Gombak pada hari pendaftaran juga menyuntik semangat pasukan Gombak. Beliau memberi kata-kata semangat kepada pegawai-pegawai dan pemain-pemain bola tampar untuk mengharumkan nama Gombak. Beliau turut berpuas hati dengan kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur dan sempat membuat tinjauan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan apartmen.
Walaupun pada kejohanan kali ini pasukan P15 dan P 18 tidak merangkul gelaran Johan. Pasukan Bola Tampar Gombak masih diiktiraf sebagai pasukan lima terbaik di negeri Selangor. TAHNIAH. Tidak dilupakan juga pasukan perempuan 12 yang mendapat sentuhan jurulatih-jurulatih yang tidak dapat disangkal kredibeliti mereka. Antaranya Sir Yazid dan Hafeez yang dikenali sebagai "The Greatest Blocker" dalam kalangan peminat bola tampar daerah Gombak. Pasukan perempuan 12 berjaya mendapat tempat ketiga pada peringkat negeri Selangor.







Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...