Sabtu, 29 Oktober 2011

Kaji peluang latihan baharu


Sumber:
Utusan Borneo


by Wan Ali Amit. Posted on October 29, 2011, Saturday




PERKASA PRASEKOLAH: Fatimah menyempurnakan perasmian Konvensyen Pendidikan Prasekolah di Kuching, semalam. Turut kelihatan ialah Rosey (dua kiri).



KUCHING: Sarawak perlu mengkaji pelbagai peluang latihan baru bagi menambah tenaga pendidik dan para pengasuh yang berkelayakan dan komited.
Justeru, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berharap Sarawak juga mengkaji pendekatan dan kaedah melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak dari perspektif yang berlainan.
Katanya, pendekatan terbabit adalah amat sesuai dengan persekitaran yang berciri unik dan tersendiri di negeri ini.
“Dua pendekatan yang boleh dilakukan ke arah itu ialah melalui penyediaan dan tawaran beberapa kursus profesional yang mesra guru dan menyediakan dana pusat,” katanya.
Berucap mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada perasmian Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri 6 di sini semalam, Fatimah yakin dana pusat dapat membantu para pendidik dan pengasuh melanjutkan pelajaran mereka.
Beliau berkata, Sarawak perlu memberi tumpuan secara serius dalam usaha mempertingkatkan kedudukan serta martabat para pendidik, pengasuh dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak.
“Anjakan pendekatan konvensyen terbabit adalah mengambil kira pandangan para peserta dan juga berpandukan standard kualiti yang telah dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.
Fatimah menarik perhatian, dengan jumlah pendidik dan pengasuh yang ramai, lebih banyak pusat bimbingan dan asuhan kanak-kanak boleh dibuka.
Katanya, pusat bimbingan dan asuhan kanak-kanak boleh dibuka di rumah-rumah, masjid, surau, gereja, kuil dan rumah panjang yang merupakan tempat sesuai.
“Saya percaya konvensyen pendidikan prasekolah ini sebagai medan untuk menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada para peserta,” katanya.
Seramai 360 kanak-kanak dari 17 pusat bimbingan dan asuhan sekitar bandar raya ini menyertai konvensyen dua hari itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...