Sabtu, 29 Oktober 2011

PUSAT SUMBER SEKOLAH PLATFORM PUPUK PERPADUAN 1MALAYSIA



"Selangkah ke perpustakaan sejuta pengetahuan", jadikan membaca sebagai amalan.


Pusat sumber sekolah (PSS) memainkan peranan sebagai pusat informasi yang menjadi salah satu kunci utama kepada ilmu pengetahuan dan maklumat serta menjadi platform utama ke arah perpaduan selari dengan konsep 1Malaysia.
Timbalan Dekan (Pelajar & Alumni) Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Azman Mat Isa berkata, PSS merupakan salah satu medium untuk pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan di samping memperoleh maklumat yang berkaitan dengan konsep 1Malaysia.
Objektif 1Malaysia tidak dapat dijayakan sebaik-baiknya tanpa bantuan institusi ilmu dan maklumat yang dikenali sebagai PSS ini . Program anjuran pelajar Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana itu bertujuan mempromosi dan membudayakan penggunaan pusat sumber di kalangan pelajar secara keseluruhan berteraskan konsep 1Malaysia. Program ini juga bermatlamat untuk menjadikan pusat sumber sebagai institusi maklumat yang terunggul dan mampu memenuhi keperluan maklumat semasa berkaitan 1Malaysia.
Melalui program ini, pelajar akan dapat meningkatkan lagi kesedaran mereka bahawa pentingnya institusi PSS dalam pembinaan jati diri anak bangsa. Ia selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara melalui konsep 1Malaysia.
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang turut serta dalam program ini telah memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk menjadi ahli secara percuma dan mengadakan Bas Perpustakaan Bergerak untuk menarik minat pelajar terhadap buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...