Sabtu, 29 Oktober 2011

TNB, k'jaan, Petronas runding isu kekurangan gas


Sumber:
malaysiakini.com


Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang berunding dengan kerajaan dan Petronas mengenai isu kekurangan gas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pemegang kepentingan, dan TNB berharap isu itu dapat diselesaikan segera.
    
"Jujurnya kita bimbang terhadap bekalan yang disediakan oleh Petronas. Kami faham Petronas sudah melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan TNB bagi tempoh suku keempat dan tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2011 di ibunegara hari ini.
    
Che Khalib berkata perbincangan itu meliputi pampasan daripada Petronas.  
    
"Untuk industri ini, kami beranggapan Petronas patut membantu mengurangkan beban ke atas industri.
    
"Kami tidak yakin industri mampu bertahan dengan jumlah bekalan gas yang rendah pada masa ini, selain mengekang kos tambahan TNB dan industri yang perlu ditanggung berikutan kekurangan gas," katanya.
    
Che Khalib berkata keputusan TNB sejak dua suku yang lepas terjejas akibat kos bahan api yang tinggi yang perlu ditanggungnya.
    
"Masih terlalu awal untuk menyatakannya. Dua bulan pertama masih rugi, Selagi berlaku kekurangan gas, kita boleh menjangkakan keputusan yang sama pada suku depan.
    
"Kami perlu menghadapi kos bahan api yang tinggi iaitu lima kali ganda berbanding gas," katanya.
    
Che Khalib berkata permintaan diunjurkan meningkat 4.0 peratus tahun depan, selari dengan unjuran KDNK kerajaan antara lima hingga enam peratus tahun depan.

"Kami agak yakin. Peningkatan permintaan sejak tiga bulan lepas sebanyak 3.9 peratus. Pertumbuhan permintaan tahun lepas agak stabil. Itu boleh dicapai," katanya.
    
TNB mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos, 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya
    
Impak pelarasan tarif tidak mencukupi untuk menampung kos bahan api yang tinggi.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...