Nukilan:
Norlilah Ismail
1990,..Kak ngah berkahwin dengan Abang ‘Ad. Meriah majlis tu,..saudara mara jauh dan dekat berkumpul. Ayah dan emak memang cukup gembira..maklumlah ini majlis perkahwinan pertama dalam keluarga kami. Masih segar dalam ingatan, nenek yang uzur pun bersemangat lain macam, menyiapkan pulut kunyit untuk bunga pahar…anjung rumah kami berubah rupa, cantik digubah untuk meletakkan pelamin untuk majlis persandingan. berbagai majlis dirancang, ada majlis khatam Al Quran, ada majlis potong jambul anak Mak Teh, ada majlis berinai, dan yang penting sekali majlis pernikahan…walaupun hujan lebat ketika itu, Kak ngah tetap cantik ..ayu sekali dan Abang ‘Ad pun…tak kurang kacak. Semua pun gembira dan senang hati….Aku masa tu baru 10 tahun,..Majlis bersanding, mak suruh aku jadi tukang kipas pengantin dengan Ina, sepupu yang setahun lebih tua dari ku. He hehe..seronok bila mak andam solekkan kami, terasa geli jugak bila bibir ku disapu berus gincu bibir dan pipi kami ditepuk dengan pemerah pipi…. Seronok betul. Baju kami warna biru, pakai sanggul palsu, diselit bunga dan dipakaikan anting anting labuh, jalan pun dilatih..pelan pelan dan selangkah seiring…. Wah!! Susah jugak nak jadi tukang kipas ya….tapi demi Kak Ngah, tak pe tak pe……..
Kak ngah kahwin dengan abang ‘Ad setelah kedua duanya tamat Diploma, ..mereka adalah pasangan kekasih sejak dari university, abang ‘Ad tu senior kak ngah 2 tahun. Abang Long, belum kahwin lagi sbb masih belajar buat ijazah muda …dan aku lah yang bongsu,.. beza umur aku dan kak ngah adalah 10 tahun. Jadi sebagai adik bongsu, …aku memang manja. Macam -macam abang long dan kak ngah belikan …. Untuk ucu kesayangan mereka ni…..hehehehe,.baju, buku dan alat tulis.
1991- berita kak ngah mengandung amat menceriakan mak dan ayah. Kenduri doa selamat, lenggang perut. ..semua mak ayah buat, tanda kasih sayang pada anak, menantu dan bakal cucu mereka. Dan aku pun tumpang suka, apa benda majlis tu aku pun tak berapa faham sebenarnya… seronok! itu jer yang aku tau.. ..Abang ‘Ad pun sangat baik, aku lihat dia sangat perihatin pada kak ngah, melayan karenah kak ngah, dan juga cuba memenuhi apa saje yang diidamkan kak ngah. Tapi dalam beberapa bulan kemudian, aku lihat ada perbualan yang serius antara mak ayah, kak ngah dan Abang ‘Ad…apa yang dibincangkan aku tak tau..dan bila aku cuba duduk bersama-sama selalunya mak akan menyuruh aku beredar…angkat kainlah, sapu dapurlah…seolah olah cerita itu tak patut aku dengari, tak berkaitan dengan aku yang masih budak budak…..
1992- awal tahun…Kak ngah selamat melahirkan seorang anak lelaki,.. comel dan sihat. Tapi kak ngah tak sihat,…4 jam selepas melahirkan Firdaus Haikal bin Fuad, dia pengsan,..mak ayah. Abang ‘Ad dan ibu mertua kak ngah semua terus berada di hospital..aku pula diarahkan balik dengan abang long, dengan alasan sekolah. 5 hari mak ayah berada di rumah Abang ‘Ad,.. menunggu Kak ngah yang belum sedar.
Abang long menemani aku di rumah, dan aku bersekolah seperti biasa..mak telefon tanyakan khabar kami dua beradik, dan seperti biase kami dimaklumkan kak ngah belum sedar ..tapi baby nya Firdaus Haikal dah balik di rumah…mak jaga. Ehhh tak sabarlah nak main dengan baby kak ngah… nak cium dia, nak dukung dia…hehehe. Best nya ada anak buah. Mesti kak ngah happy kan. Tiba tiba …masa aku di sekolah, cikgu panggil aku ke pejabat,…bawa beg sekali; tanpa membantah aku menuruti arahan cikgu, sampai di pejabat aku nampak abang long, merah matanya… bersalaman dengan guru besar sambil bahunya ditepuk tepuk oleh guru besar. Kemudian aku dibawa pulang, semasa di atas motorsikal, abang long diam tak bercakap..aku pun tak berani nak tanya,.. macam macam yang bermain main di fikiran ku… apa sebenarnya yang berlaku,….ehhh tak maulah fikir yang tak baik… aku yang baru berumur 12 tahun tika itu…terasa bodoh sangat kerana masih kanak kanak. Alangkah baiknya kalau aku ni dah besar… setidak tidaknya dah tingkatan 5 ke….. setibanya di perkarangan rumah,..aku terkejut kerana saudara mara penuh,..Mak Teh, nenek, Pak Alang.. ehhh kak Jun yang jauh pun ada….kenapa ya… sambil berjalan masuk abang long sempat pesan, tukar baju…cari baju kurung kaler putih…aku hanya mengangguk dalam seribu persoalan yang tak berjawab.
Di ruang tamu, ramai saudara dah berkumpul, semua nampak sedih dan sugul, ..dan nenek sedang ditenangkan oleh Mak Teh..disuruh mengucap, beristifar…ingat tuhan banyak2, dan perabot rumah pun dah diketepikan …. Lapang dan ada beberapa orang jiran dan waris sedang membaca surah yaasinn….eehehh!!!!apa semua nya ni…..masuk ke bilik, ada Ina sepupuku anak Mak Teh, matanya juga merah…aku pun bertanya apa yang terjadi, Ina membesarkan biji matanya memandang pada aku, ..kau tak tau ke? ..aku hanya menggeleng gelengkan kepala,..eeeeee kau ni!! Orang semua dah tau…kau bantai tak tau plak??? Inaaaa…..aku tak tau abang long langsung tak bercakap dari tadi atas motor…aku tak berani nak tanya…..apa cakap lahhh…desak ku sambil aku mengambil baju kurung putih bunga kuning kecil-kecil yang kak ngah belikan, ku nak pakai…eeeeeeee dengus Ina sambil menggoncang badan ku…Kak ngah dah meninggal lah!!!!...Haaaaaaaa!!!!!......terkejut besar aku….perkara yang paling tak sanggup aku fikirkan jadi kenyataan,…kkkkaaaaaakkkkkk ngggahhhhhhh…….huaaaaaaaaaaa huaaaaaa tangis ku secara otomatik, dan Ina pun memeluk aku eratttttt dan kami pun menangis bersama. Dalam hati kecil, ……sedihhhh satu satunya kakak kesayangan ku dah tiada….hua hua hua makkkkkkkkk aku nak makkkkkkkkkkkkkk ucu sedihhhh niiiiii………..dan wajah Firdaus Haikal pula menjelma ..huaaaa huaaa semakin kuat seduuuuu ku. Mak teh, menjengah ke bilik ….ehhh Ina, Ani…dahhhh jangan nangis… tak baik, dah keluarlah, buatlah apa yang patut.Tolong tengok tengokkan nenek tu..takut semput nya menjadi jadi…….
Abang Long lah orang paling sibuk…. Sekejap kejap aku lihat dia mengesat air mata, sambil bersalaman dengan saudara mara yang sampai tak henti henti, penuh halaman rumah, sepenuh masa majlis perkahwinan kak ngah dulu…. Pak imam pun dah sampai, dah hati semakin sebakkkk….. dan sedara mara pun bercakap cakap arwah koma, dan habis gitu…..Allah lebih sayangkan dia. Alllaaaaaaa kesiannya pada anaknya…ialah nak buat macamana….adduuhhhhhhhhh sedihnya bila aku dengar perbualan mereka….
Sejam kemudian, van jenazah pun sampai, diikuti dengan kereta Abang ‘Ad, dan beberapa buah kereta lain yang aku tak cam……suasana semakin hiba,…saudara mara yang duduk pun mulai berdiri,..dan aku membantu nenek yang lemah nak berdiri jugak…nak menatap wajah cucunya buat kali terakhir, dan seduuu nenek semakin kuat bila jenazah kak ngah dikeluarkan…. Allllaaaaaa….cucu aku!!! Patutnya aku yang pergi…aku dah tua…..seduuu nenek yang menyebabkan semua yang ada semakin sedih, semakin sebakkk dan menangis…dan aku pula macam tak sanggup melihat,… perlahan lahan jenazah kak ngah diletakkan di ruang tamu…kemudian ayah muncul, berpelukan dengan saudara dan kenalan, dan abang ‘Ad…huuuuu tak sanggup tengok,..letih, pucat nampaknya dia,…juga bersalam dan berpelukan, sedih…..nya, dan aku hanya terdengar syik syik syik… mereka menahan seduuu….dan saat paling tragis ialah bila mak masuk sambil memeluk Firdaus Haikal…dan tiba tiba suasana jadi senyap dan sunyi….terpegun bila nampak baby kak ngah yang tak sempat mengenali ibunya…yang sempat pun merasai pelukan ibunya….kemas dalam pelukan mak...tapi Firdaus semacam faham, dia hanya diam, terkebil kebil, bila dibaringkan di sebelah jenazah ibunya..dan petang itu semakin lebatlah airmata yang mencurah ……. Semakin hiba suasana!!! Aku merenung wajah Kak ngah buat kali terakhir, manis dan suci sekali…senyum menandakan dia ‘senang’ berada disisi penciptanya….harum, dan dingin itulah yang aku rasakan semasa mengucup dahinya. Dan bila mak ayah, mertua nya, nenek, abang long mengucup kak ngah… yang hadir lebih sedih lagiiiii dan bila tiba abang ‘Ad megucup dahi jenazah isteri kesayangan nya itu,…aarrgghhhhh aku tahu, semua yang hadir hanya mampu menitis airmata, ..tapi kesedihan sebenarnya di hati abang ‘Ad hanya dia saja yang tahu…dan kemudian dia mencium pula puteranya Firdaus Haikal seolah olah sebagai ciuman terakhir dari mama yang diwakilkan pada nya buat anakanda tersayang, …sebagai tanda selamat jalan.!!!