Jumaat, 21 Oktober 2011

Henti langgan dan sedia perkhidmatan spa ikan


Gambar Hiasan


KUCHING: Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zulkifli Jantan menasihati pengguna dan pengusaha spa ikan agar menghentikan melanggan dan menyediakan perkhidmatan berkenaan sehingga peraturan rasmi dikeluarkan oleh Kemen-terian Kesihatan berhubung keselamatan perkhidmatan terbabit.
Menurut beliau, setakat ini Kemen-terian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dan tindakan hanya akan dilakukan selepas kajian terperinci dilaksanakan.
“Kementerian perlu menjalankan kajian terhadap semua rekod yang ada dan hanya selepas itu, kementerian akan mengeluarkan kenyataan serta garis panduan kepada pengguna dan kita perlu menunggu,” kata Dr Zulkifli ketika dihubungi The Borneo Post semalam.
Dr Zulkifli diminta memberi komen berkaitan amaran Agensi Perlindung-an Kesihatan Britain terhadap spa ikan yang dikhuatiri boleh menyebarkan virus melalui darah bagi HIV dan Hepa-titis C.
Ketika dihubungi, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengingatkan pengusaha spa ikan jika berlaku sebaran penyakit, pihak terbabit boleh dibawa ke muka pengadilan.
“Kementerian boleh mendakwa mereka yang bersalah di bawah Akta Perlindungan Pengguna.
“Kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan untuk menguatkuasakan undang-undang berkenaan jika perlu,” katanya.
Beliau memberitahu pihaknya kekurangan pegawai penguat kuasa dan mengharapkan agar pengusaha spa ikan tahu akan tanggungjawab mereka terhadap ancaman perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pemberita, beberapa pengusaha spa ikan di sini tidak mengetahui akan amaran berkenaan.
Pemberita juga menemui beberapa orang awam yang percaya ikan yang digunakan untuk memakan sel mati pada kulit kaki berkemungkinan termakan kesan luka dan boleh menyebarkan penyakit terbabit.
Tetapi mereka percaya ia bukan ikan yang digunakan untuk perkhidmatan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...