Portal Pendidikan Utusan
SANTAPAN MINDA Oleh Dr. Ismail Zain
JIKA disebut perkataan jenayah ia amat menakutkan apatah lagi jika gejala ini berlaku dalam kalangan warga sekolah.
Sebenarnya gejala jenayah ini bermula dengan segelintir murid yang melakukan tindakan hanya bertujuan sekadar dijadikan hiburan sahaja. Bagaimanapun kadang kala ia boleh menimbulkan ketegangan di kedua-dua belah pihak yang berakhir dengan tragedi.
Gejala ini boleh dibendung oleh murid-murid sejak awal lagi dengan mengambil beberapa langkah seperti yang berikut.
- Bersopan santun dalam perbualan: Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Begitulah perbandingan yang boleh dibuat tentang kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang ketika berlakunya perbualan. Oleh yang demikian murid-murid harus sentiasa bersopan santun dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain ketika berkomunikasi.
Bersopan santun ketika berbual bermaksud percakapan yang menyeronokkan kedua-dua belah pihak. Sesuatu yang tidak menyakitkan hati orang lain, tidak menyinggung perasaan, tidak menyentuh soal peribadi dan keluarga serta tidak menyentuh kelemahan seseorang dengan tujuan menghina.
Emosi juga harus dikawal kerana terdapat segelintir murid yang nipis telinganya iaitu cepat berang atau naik angin jika sesuatu tindakan atau perbualan itu menyentuh perasaan mereka.
Emosi juga harus dikawal kerana terdapat segelintir murid yang nipis telinganya iaitu cepat berang atau naik angin jika sesuatu tindakan atau perbualan itu menyentuh perasaan mereka.
- Berkawan secara menyeluruh tanpa mempunyai kumpulan tertentu Memang tidak dapat dinafikan bahawa berkawan secara berkumpulan adalah baik terutamanya ketika kita melakukan aktiviti pembelajaran seperti berdiskusi, mengadakan bengkel dan mengulang kaji pelajaran.
Walau bagaimanpun terdapat sedikit kelemahan jika amalan ini diteruskan dalam kegiatan sosial yang lain atau pergaulan harian.
Pergaulan yang tetap dalam satu-satu kumpulan akan mengakrabkan hubungan kekeluargaan dalam kumpulan tersebut tetapi meninggalkan jurang yang besar keakraban antara kumpulan.
Dengan itu akan lahirkan bibit-bibit ketidakpuasan antara kumpulan disebabkan beberapa perkara yang remeh-temeh.
Sebagai contoh jika seorang murid itu ditegur kerana melanggar peraturan sekolah, maka rakan-rakan kumpulannya agar bertindak untuk campur tangan. Maka berlakulah pula pertelingkahan intrakumpulan yang akan berakhir dengan pergaduhan.
Dengan itu akan lahirkan bibit-bibit ketidakpuasan antara kumpulan disebabkan beberapa perkara yang remeh-temeh.
Sebagai contoh jika seorang murid itu ditegur kerana melanggar peraturan sekolah, maka rakan-rakan kumpulannya agar bertindak untuk campur tangan. Maka berlakulah pula pertelingkahan intrakumpulan yang akan berakhir dengan pergaduhan.
- Laporan kepada guru Setiap perkara yang berlaku yang boleh menimbulkan kepincangan harus dilaporkan dengan segera kepada guru. Murid tidak seharusnya berasa takut atau mengambil tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Segala laporan adalah sulit dan murid tidak perlu bimbang tentang keselamatan diri kerana guru serta pihak sekolah akan sentiasa memantau dan melindungi mereka.
Berama-samalah kita menjaga dan mengawal diri daripada telibat dengan gejala jenayah kerana ianya akan merugikan semua pihak serta menjejas proses pembelajaran.
Sesungguhnya persekitaran belajar yang kondusif mampu menimbulkan minat, menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif serta menyemai semangat muhibah ke arah mengapai kejayaan yang cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan