Sabtu, 15 Oktober 2011

Pengeluaran MyKad dalam sehari diperluas ke seluruh negara




KUALA LUMPUR: Pengeluaran MyKad dalam masa sehari berkonsepkan ‘tunggu dan siap’ yang diperkenalkan di Melaka dan Sabah tahun lepas, akan diperluas ke seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datin Jariah Mohd Said.
Beliau berkata, JPN Kluang di Johor merupakan lokasi ketiga dipilih sebagai pusat pelaksanaan khidmat ekspres itu, yang akan dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
“Dengan adanya kemudahan ini, JPN berharap mengulangi kejayaan sama di JPN Melaka dan Sabah yang merekodkan penjimatan tempoh menunggu permohonan siap MyKad sehingga kadar 97.5 peratus berbanding sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, pemantauan terhadap tiga lokasi berkenaan akan dibuat secara berterusan sebelum kemudahan sama diperluas kepada semua JPN negeri di seluruh negara.
“Hal ini selaras dengan inisiatif JPN untuk memastikan sasaran semua penduduk Malaysia mempunyai MyKad sebelum akhir 2013 mampu dicapai,” katanya.
Jariah berkata, aktiviti Unit Khas Bergerak akan diperkasa bagi membolehkan wakil JPN turun lebih kerap ke kawasan pedalaman dan pesisir pantai seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak sekali gus membantu mengatasi masalah penduduk yang mengalami kesukaran untuk datang sendiri ke JPN. ­— Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...