malaysiakini.com
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP Abdul Ghapar Abdullah berkata sikap tidak bangga, tiada kesedaran dan kurang jati diri bangsa menyebabkan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan terjejas.
Beliau berkata DBP memang bertanggungjawab memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan betul tetapi sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai daripada tidak menggunakan Bahasa Malaysia.
"Contohnya samalah dengan kempen Ops Sikap yang dilaksanakan polis. Walaupun pelbagai usaha dan kempen yang dilakukan, kemalangan tetap berlaku dan ia berpunca dari sikap pengguna jalan raya.
"Begitu juga dengan DBP yang melaksanakan pelbagai program untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan tetapi orang ramai masih juga menggunakan bahasa rojak," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata DBP tidak boleh menghalang dan menguatkuasakan atau mendenda orang yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan, tetapi apa yang boleh dibuat ialah membantu sekiranya mereka tidak begitu arif dengan penggunaannya.
Untuk program Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan ini, Abdul Ghapar berkata kira-kira 300 program khusus diadakan di seluruh negara dan ia tidak termasuk program dan kempen yang dilaksanakan DBP sepanjang tahun.

Bahasa bercampur
"DBP sedia membantu mana-mana pihak yang mahu menggunakan khidmat nasihat untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan betul, sama ada menerusi bengkel atau seminar," katanya.

Mengambil contoh penggunaan bahasa Kebangsaan yang betul di papan-papan iklan pula, beliau berkata DBP tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan peraturan kerana yang ada kuasa ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau kesal banyak orang Melayu sendiri yang tidak mempunyai keyakinan, jati diri dan rasa bangga untuk menggunakan Bahasa Malaysia dalam perhubungan sehari-hari.Menurutnya dalam pelbagai mesyuarat rasmi juga kadang-kadang Bahasa Malaysia tidak digunakan sepenuhnya.
"Kita nak beritahu, Bahasa Malaysia ialah Bahasa Kebangsaan dan bukannya bahasa orang Melayu sahaja. Jadi setiap rakyat Malaysia perlu mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan itu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Papan iklan
Di pihak DBP, katanya, pada laman sesawang DBP (dbp.gov.my), pelbagai usaha dipaparkan untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul di bawah tajuk perkhidmatan antara lainnya - Khidmat Nasihat Bahasa, Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu dan Pantau Tegur Bahasa.
Menurutnya, Pantau Tegur Bahasa mengajak rakyat bersama-sama berusaha mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar atau pun di dalam bangunan, yang mesti dicegah segera untuk mengelak mencemarkan maruah Bahasa Kebangsaan.Di pihak DBP, katanya, pada laman sesawang DBP (dbp.gov.my), pelbagai usaha dipaparkan untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul di bawah tajuk perkhidmatan antara lainnya - Khidmat Nasihat Bahasa, Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu dan Pantau Tegur Bahasa.
"Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, atau pun mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris," katanya.
DBP dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya pastinya akan terus menerus melaksanakan pelbagai kempen dan program bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan, suatu usaha yang mungkin tidak berpenghujung.
Para pencinta dan penggiat Bahasa Kebangsaan pula akan terus menyuarakan pandangan demi pandangan, yang semuanya bernas, tentang bagaimana Bahasa Kebangsaan boleh dimartabatkan, dijadikan bahasa ilmu dan bahasa perniagaan baik di peringkat dalam negara mahupun hingga ke luar negara.
Namun, tanpa kesedaran dan perubahan sikap di kalangan semua rakyat Malaysia, sukar untuk menentukan bila masanya Bahasa Kebangsaan sudah mencapai martabatnya yang seharusnya.
Bagi, pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan Dr Awang Sariyan, sikap dan penerimaan masyarakat terhadap Bahasa Kebangsaan merupakan topik penting yang kerap dibincangkan setiap kali memperkatakan usaha memartabatkan Bahasa Malaysia.

Menimbulkan keghairahan
Katanya, proses globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa Inggeris, menimbulkan keghairahan yang kadangkala berlebihan di kalangan masyarakat untuk mengutamakan penguasaan Bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan Bahasa Melayu.

Menurut beliau, ia terjadi dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat sama ada pemimpin, profesional dan orang awam.
"Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berhubung kait dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi," katanya dalam sebuah tulisannya.
Ada kebimbangan yang nyata di sebalik tulisan bekas penyandang pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies University dan bekas Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu.
Penyair dan pencinta Bahasa Kebangsaan Dr Ibrahim Ghafar, yang menyetujui pandangan Dr Awang, berkata di situlah letaknya sikap yang salah di kalangan masyarakat yang mengaitkan penggunaan Bahasa Malaysia secara negatif dengan taraf sosial dan pendidikan serta nilai ekonomi.

Bersosial rendah
"Seolah-olah Bahasa Malaysia hanya layak dituturkan oleh mereka yang bertaraf sosial rendah, berpendidikan tidak tinggi. Apatah lagi bila menganggap Bahasa Kebangsaan tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, hilanglah jati diri bangsa kita," katanya.
Beliau berkata seharusnya rakyat menanam sikap 'marilah bersama-sama kita menambah nilai ekonomi Bahasa Kebangsaan' dengan menuturkannya secara meluas, menggunakan dalam urusan rasmi dan perniagaan dan mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendorong kecintaan kepada Bahasa Kebangsaan.
"Biar apapun keturunan kita, sebagai rakyat Malaysia kitalah yang harus berperanan memberi nilai tambah kepada Bahasa Kebangsaan kita kerana ia bukan milik satu bangsa sahaja tetapi milik keseluruhan rakyat Malaysia," katanya.

Dr Tan yang bangga fasih berbahasa Melayu dan boleh pula membaca dan menulis Jawi, berkata latihan awal penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik ibarat membentuk buluh daripada rebungnya lagi dan boleh dilihat kesannya apabila murid-murid itu membesar sebagai penutur yang baik.
"Saya tidak pernah berhenti menimbulkan hal ini di Parlimen. Kita harus melihat semua sisi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kebangsaan termasuk usaha meningkatkan standard dan penguasaan di kalangan guru. Ingatlah Bahasa Jiwa Bangsa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan