Ahad, 23 Oktober 2011

PENJELASAN BERHUBUNG DENGAN SERVICE CHARGE / GOVERNMENT TAX / SERVICE TAX


Laman Web Jabatan Kastam DiRaja Malaysia


Gambar Hiasan

PENDAHULUAN
Jabatan Kastam Diraja Malaysia banyak menerima aduan mengenai Service Charge,Service Tax dan Government Tax yang telah menimbulkan kekeliruan dikalangan orang awam. Bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, disini dinyatakan perbezaannya.
PERBEZAAN
Service Charge - adalah satu caj selain daripada kos barangan atau perkhidmatan yang dikenakan oleh sesuatu perniagaan didalam bil/inbois. Ini adalah amalan yang dipraktikan dalam industry “hospitality” dan kadar biasa yang dikenakan adalah 10%. Caj ini dikumpulkan oleh majikan sebagai dana untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini boleh mengantikan tip walaupun tidak semestinya.
Service Tax / Government Tax - Secara undang-undang dikenakan dengan kadar 6% (mulai Januari 2011) dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 keatas kategori perniagaan dalam “hospitality Industry” contoh: hotel, restoran, pubs dan SPA dibawah lessen yang dikeluarkan oleh JKDM. Lesen cukai perkhidmatan mengandungi nama, alamat dan nombor lesen yang dipamerkan dipremis yang berlesen. Cukai perkhidmatan yang dikenakan , dibayar kepada JKDM bagi tempoh dua(2) bulan sekali. Cukai perkhidmatan tidak dikenakan keatas service caj tetapi atas barangan / perkhidmatan yang dibekalkan.
Jenis perniagaan dan jenis perkhidmatan yang tertakluk kepada pelesenan dan pengenaan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
Disediakan Oleh : Bahagian Cukai Dalam Negeri, Putrajaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...